Selamat Datang Ke Blog Kak J Store

Sunday, October 19, 2014 by

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke blog Kak J Store.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana telah memberi ilham kepada Kak J untuk menceburi bisnes (biz) menjual pakaian dan juga barang kecantikan diri..(mungkin akan menjual peralatan dapur juga..InsyaAllah..), selepas kelahiran anak ke 4 Kak J pada bulan Julai yg lalu.

Sebelum ni, ada juga terfikir nak biz tp perasaan takut menguasai diri. Entah kenapa kali ni perasaan nak biz tu berkobar2 (mungkin semasa baby dlm perut lg, Mr Hubby suka ber'biz', jadi badi biz tu melekat sampai baby keluar agaknya.hihi..) So, lepas disuarakan kepada Mr Hubby, dia pun izinkan..maka terhasil lah blog Kak J Store ni dan Pages FB Baju Kurung Moden, Dress Murah dan Kualiti. Mr Hubby lah yg banyak membantu dlm penghasilan blog dan pages..syukur dianugerahkan suami 'org IT'.

Kak J percaya rezeki daripada Allah s.w.t. Kak J doakan semoga biz ni berjaya dan diberkati oleh Allah s.w.t. Jemputlah bershopping di Kak J Store. InsyaAllah harga yg ditawarkan adalah berpatutan. Anda juga akan dilayan dengan sebaik-baiknya. Jemput 'Like' di pages fb Kak J ye.. Terima kasih.

# Nak kongsi kenapa nama 'Kak J' digunakan..
Kak J berkongsi nama yg ada huruf 'J' dengan kedua2 anak perempuan Kak J, sampaikan kadang2 ada teman2 yg tersalah sebut nama kami..nama mak panggil kat anak, dan sebaliknya..sangat comel.hihi. Dan satu lagi, kebetulan kenderaan utama Kak J dapat, bernombor plat WA .... J. Lagi comel..hihi. Ok, bye.

M